BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 21, 2010

sekali lagi...

Sayang...
Entah berapa lama lagi masa yang kita ada untuk bersama..
Melakar senyum dan hati berbunga bahagia..
Sedang masa teramat mencemburui kita..
Bila tiba masanya..
Aku perlu pergi dari perhentian ini..
Hidupku bukan untuk terhenti di sini..
Aku hanya singgah di persinggahanmu..mereguk bahagia bersama...
lantas bila waktunya tiba..
Kita perlu akur pada ketentuan takdir..


Sayang..
Ketahuilah..
Aku tidak ingin pergi darimu..
Persinggahan ini teramat indah untuk aku tinggalkan..
Seolah persinggahan ini bukan lagi untuk sementara melainkan aku sebenarnya telah ketemu hala tujuku selama ini..
Namun aku takut aku keliru..
Aku takut percaturanku tersasar jauh...
Aku takut apa yang kuimpikan...
mengejekku sekali lagi..
Setelah mahligai yang aku harapkan berkecai bagai kristal yang terhempas ke batu..


Aku tidak mampu lagi..
Untuk merasa kecewa berkali-kali, lantas aku rela kalah dalam percaturan ini..
Sebelum harapanku hancur sekali lagi dan lagi...
Kerana di setiap anganku,,impianku..citaku..
Ada insan lain yang turut menangis di saat aku menitiskan air mata,,..
Aku tak mampu lagi...
Untuk meletakkan diriku di hadapan sedangkan ada insan yang sering mengutip sengsaraku tanpa aku sedar..



Duhai kekasih..
Dunia kita berbeza..
Aku tidak mampu menjadi yang sempurna padamu..
kerana aku pernah kecewa,
Aku pernah kehilangan..
Hatiku kontang...tandus..
Namun semakin aku mencuba membahagiakanmu..semakin aku tak berdaya..
Sedangkan masa semakin cepat mendekati kita..


Bilakah masa itu kan tiba..
Aku takut untuk menghadapinya..
Kerana aku takut untuk merasa sakitnya merindui orang yang tidak mampu aku miliki..
Aku tahu sakitnya bila ingin menyentuh jejari insan yang sudah jauh...
Aku takut....
Takut kehilanganmu...
Aku takut Kehilanganmu...
Aku takut kehilanganmu....

Saturday, January 16, 2010

Kata Pujangga

Assignment Corporat Communication Course..



Ni adalah hasil karya aku..banyak yang dah aku buat, ni salah satunya lah. Walaupun tak seberapa, namun inilah pertama kali aku menggunakan software Picasa. Harap bila aku hantar fortfolio aku yang pertama, markah aku ok lah sebab ni lah last semester. Puan Siti haslina, aku sangat2 berharap dapat A untuk kursus2 terakhir aku ini. Sebenarnya banyak lagi penerbitan korporat yang perlu aku buat seperti muka hadapan majalah la..poster la..news letter la..tapi seronok sangat walaupun aku ni tak da lah pandai sangat pasal software2 terbaru ni. Software yang paling aku expert, cuma microsoft word aje..huhuhuhu tu pun sebab kena taip asaimen..kalo tak..hampeh gak.

Walau ape pun, utk kawan2 yang amik kursus ni, harap cayuk cayuk gak..kalau boleh, biar sekelas dapat A..lagi bermakna..

Thursday, January 14, 2010

RINDU AKU

Rindu aku...untuk kembali mendengar ceriteranya...
Rindu aku..untuk mencuri pandang sebaris gigi putihnya saat dia ketawa..
Rindu aku..mendengar bisik manja,sayang serta rindu lelakinya..
Rindu aku..untuk menghuni lagi di ruang yang pernah ada untukku..dalam hati kerasnya..
Rindu aku..untuk mengulangi saat kemanisan cinta bersamanya..
Rindu aku..untuk memiliki cintanya sekali lagi..
Setelah berkali-kali aku tega membunuh rasa cinta itu...

Kerna..aku sedar aku pun mencintainya..
Kerna..cinta itu tidak berdosa..
Kerna..kini aku kembali menemui siapa diriku
yang terpenjara antara dosa-dosa silam,serta indahnya kasih yang terjalin dulu..

Kini aku kembali lagi..
Ingin sekali lagi tangan ini bersambut..
Kerna iku ingin berjalan bersamamu..sekali lagi

Friday, January 1, 2010

Sarawak Cultural Village






Gambar ni diambil masa aku pergi melawat Sarawak Cultural Village. Tempat ni terkenal la kat Sarawak. Sape-sape yang datang Sarawak, memang tak sempurna lah kalau tak datang kat Sarawak Cultural Village ni. macam pergi Langkawi la, tak lengkap la kalo tak bergambar kat burung helang tu. kat sarawak yang comey ni pon macam tu gak. Aku tinggal kat bumi kenyalang ni dah 4 tahun, dah banyak tempat aku pergi. tapi tempat ni adalah antara yang terunik kerana perkampungan budaya ni menempatkan semua rumah-rumah suku kaum kat sini. bukan tu sahaja, kita akan diberi peluang untuk bermalam di mana-mana rumah etnik kat situ,..(kena bayar taw..bukan pree).

banyak gambo yg aku amik kat situ, tapi oleh kerana banyak gambo dengan pakwe ku yang tercinta, maka terpaksa lah aku letak gambo aku jer. sambung cerita sal perkampungan budaya tadi, aklu harap kawan-kawan yang datang sarawak jangan lupa datang tengok sendiri cara hidup suku kaum kat sini. tapi dinasihatkan jangan pakai kasut tumit tinggi bagi yg perempuan, bukan ape, tempat ni besar taw..naik lenguh kaki berjalan taw....

Untuk hari ini, tu jer tempat yang dapat aku kongsi kan buat teman2...lain hari, aku akan upload banyak lagi tempat2 menarik kat bumi sarawak ni memandangkan tidak lama lagi aku akan meninggalkan bumi kenyalang ini....bubye...muaaahhhh...

Trouble..Trouble...Trouble...



Sedih sungguh hatiku pada tanggal 1 januari 2010. Laptop kesayangan aku tiba2 rosak. dah 4 tahun aku guna, semenjak aku budak hingusan, kampung dan blur2 dulu, hingga masuk universiti, baru aku dapat pegang laptop aku sendiri. tu pun pasal abang aku yang belikan, kalau tak, tak merasalah aku pakai laptop. maklumlah, nak dapat duit 3,4 ribu belinlaptop bukan senang. keluarga aku bukan ada tanah pon nak dijual.

Sayang sangant..banyak kenangan aku kat universiti sepanjang 4 tahun berperang nak dapatkan segulung ijazah yang hampir2 aku nak dapat neh....huhuhuu laptopku sayang....nak buat camane, aku terpaksa mgantikan tmpatmu dgn laptop baru minggu depan...