BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 1, 2010

Sarawak Cultural Village






Gambar ni diambil masa aku pergi melawat Sarawak Cultural Village. Tempat ni terkenal la kat Sarawak. Sape-sape yang datang Sarawak, memang tak sempurna lah kalau tak datang kat Sarawak Cultural Village ni. macam pergi Langkawi la, tak lengkap la kalo tak bergambar kat burung helang tu. kat sarawak yang comey ni pon macam tu gak. Aku tinggal kat bumi kenyalang ni dah 4 tahun, dah banyak tempat aku pergi. tapi tempat ni adalah antara yang terunik kerana perkampungan budaya ni menempatkan semua rumah-rumah suku kaum kat sini. bukan tu sahaja, kita akan diberi peluang untuk bermalam di mana-mana rumah etnik kat situ,..(kena bayar taw..bukan pree).

banyak gambo yg aku amik kat situ, tapi oleh kerana banyak gambo dengan pakwe ku yang tercinta, maka terpaksa lah aku letak gambo aku jer. sambung cerita sal perkampungan budaya tadi, aklu harap kawan-kawan yang datang sarawak jangan lupa datang tengok sendiri cara hidup suku kaum kat sini. tapi dinasihatkan jangan pakai kasut tumit tinggi bagi yg perempuan, bukan ape, tempat ni besar taw..naik lenguh kaki berjalan taw....

Untuk hari ini, tu jer tempat yang dapat aku kongsi kan buat teman2...lain hari, aku akan upload banyak lagi tempat2 menarik kat bumi sarawak ni memandangkan tidak lama lagi aku akan meninggalkan bumi kenyalang ini....bubye...muaaahhhh...

1 comments:

NINIE said...

kawan2 tersayang..aku berbesar hati utk terima pelbagai komen dari anda semua....