BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 12, 2010

Kali Terakhir...

Aku sangat penat menjadi diriku yang tidak pernah sempurna untuknya..Aku penat menitiskan airmata setiap kali mendengar hinaannya..Aku penat mencintainya dengan cara yang menderita...Aku penat..dan aku ingin meneruskan perjalanan setelah sekian lama tersadung di persinggahan ini..Mungkin kali ini aku tidak akan menoleh belakang lagi..apa guna meneruskan andai kami sama-sama menangis. Aku ingin melihat dia tertawa lagi. Bersamaku tidak ada senyuman di raut wajahnya...relakanlah aku pergi sayang..masa untuk kita telah tiada sebenarnya..tempoh percubaan kita telah lama tamat, hakikatnya kita saling tidak memahami antara satu sama lain...kenapa harus menderita sedangkan kita tahu jalan mana untuk kita capai bahagia. caranya adalah membawa haluan masing-masing...Aku tak punya teman untuk aku meluahkan..aku hanya punya sekeping gi..kertas dan pen..untuk aku luahkan perasaan hati ini...

Relakanlah aku pergi...relakanlah....
Dikau akan berhenti menangis dan menderita andai aku pergi...
Aku tidak mahu lagi menambah deritamu yang telahb sedia ada...relakanlah aku pergi..aku merayu..aku terlalu menderita hingga aku ingin memejamkan mata ini selama yang boleh agar aku tidak melihat dunia ini seketika..aku punya impian..dan turut kukendong, impian orang-orang yang meyayangiku...aku tidak ingin terkandas di sini..aku tak mampuu...aku cuma ingin pergi..agar aku bisa melupakan derita ini. Aku tidak mampu mengundurkan waktu..andai aku mampu, akan kuputarkan kembali, dan waktu kita bertemu itu akan aku tukarkan bibit cinta yang wujud menjadi persahabatan antara dua insan...agar aku tidak melukakanmu dan kau juga tidak melukakanku....

Buat kali terakhir..ampunkanlah segala dosaku...aku tahu, suatu hari dikau akan membaca rentetan suaraku di ruangan ini walaupun aku tidak mengetahui bilakah waktunya...namun aku yakin..dikau pasti hadir disini bila rindu bertandang dalam hatimu...

Dengan air mata yang bercucuran..aku meletakkan noktah cintaku di ruangan ini..dan esok aku tidak akan menangis lagi. Esok aku pasti tersenyum dan melangkah dengan penuh tabah, walau aku berseorangan di bumi asing ini...semangatmu tetap utuh di hati walaupun kita semakin jauh..

Sekiranya dikau membaca rentetan ini..ketahuilah,..aku ingin dikau berada saat aku mendapatkan segulung ijazah..kerna itu adalah cita-cita kita..bukan hanya cita-citaku...dikau tetap kuberikan hak untuk menggengamnya kerana tangis jerih kita bersama ada di situ....datanglah waktu itu..aku tetap aku menghulurkan tangan dan mencium tanganmu...walau tiada lagi cinta waktu itu,,..ketahuilah..kasih sayang ku tetap ada untukkmu,...kerana pengorbananmu terhadapku tak mampu kubalas walaupun dengan mengorbankan nyawaku...

Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadikan aku sebagai insan yang dewasa dan matang..

Selamat Tinggal Sayangku...

Thursday, February 25, 2010

Finally!

Derma Darah.

Aku cukup takut dengan jarum..tak kira kecik ke besar,tengok jarum jer mesti aku dah nak pengsan. Suatu hari, aku perlu menyiapkan tugasan journalism. Tugas aku buat liputan kat tempat program derma darah yang di buat kat UNIMAS. Apa lagi, kecut perut aku di buatnya. Tapi kalau tak buat, tak dapat la aku markah. So dengan hati yang berdebar2, aku ikut la juga geng2 yang seangkatan. Sampai kat sana plak, sorang kawan aku buat hal nak derma darah lak. Ini yang aku takot! hUHUHU. Pujuk punya pujuk, aku dengan macam2 doa lagi la kat dalam hati ni isi la borang nak derma darah di samping kena interview beberapa petugas kat situ untuk d masukkan dalam akhbar universiti Madah Samarahan. 
Sampai giliran aku...dup dap dup dap jantung aku ni tuhan aje yang tahu. Aku merengek mgalahkan budak2, maklumlah, manja kan, hihihi. Masa nurse nak cucuk tu, aku menggeletar, sejuk econ tak rasa dah, berpeluh2 ag ada la. Dalam aku merengek tak nak tu, nurse tu plak asyik jer duk bertanya itu dan ini, aku layan jer la, kan kerja aku interview dia, ni terbalik plak. Last2, aku tak perasan bila jarum besar tu boleh masuk kat lengan aku! Yang ajaibnya, aku tak rasa sakit pon, tgok2 aje dah masuk...
Moral of d story mori, derma darah tu tak menyakitkan taw. Jangan takut tak bertempat. semua tu perasaan kita aje la. Tapi lepas tu aku hampir2 pengsan cz aku tak tidur malam tu sebenarnya. So dalam keadaan tak cukup rehat dan penat, darah plak banyak yang mengalir, 1 beg besar tu...huhuhuhu pucat aku tgok beg darah tu,..warna merah kehitaman lak tu...terfikir aku masa tu, siapalah yang akan guna darah aku tu..makna nya darah aku akan mengalir dalam badan dia la kan? hihihihi,,,,,sampai ke situ tahap kreatif aku ni...
UMMM..utk hari ni, sal derma darah ni jer yang aku nak merepek kat cni...kalau aku tak bz, aku akan post lagi ea tawan-tawan...muahhh...

Monday, February 22, 2010

Ngegeh jak kamik tok..

dengan my best company

Makan Kat Siingapore Chicken Rice

Kawan baik aku belanja makan kat singapore chicken rice, depan unimas ni jer tak la jauh pon walaupun kuar ramai2 sewa kreta..huhuhu. happy sangat walaupun aku tengah sok sek sok sek tak ketahuan sebab musababnya. dan walaupun makanan aku tak terusik pun dek kerana tekak aku terasa tak mampu menelan makanan yang best tu. sedih gila punya pasal, aku lebih terasa nikmat menangis jer sepuas hati walaupun hakikatnya sumer geng2 aku cakap nasi ayam aku lagi best..huhuu. im so sorry geng krn merosakkan mood kita malam tu, janji aku akan ganti saat gembira yang sepaptutnya kita lalui itu di kemudian hari. lagipon kami dah rancang nak buat sambutan sket sempena kami dah nak habes belajar kat sini..lepas ni ntah bila lagi nak jejak kaki kat bumi kenyalang ni.

Pape pon geng..jangan risaukan aku. Aku sedih kejap jer ni..(walaupun pagi tadi aku hampir pengsan dalam dewan kuliah kerana stress)..aku janji akan jaga diri baik2 supaya aku tdk myusahkan geng2 ag..

Thursday, January 21, 2010

sekali lagi...

Sayang...
Entah berapa lama lagi masa yang kita ada untuk bersama..
Melakar senyum dan hati berbunga bahagia..
Sedang masa teramat mencemburui kita..
Bila tiba masanya..
Aku perlu pergi dari perhentian ini..
Hidupku bukan untuk terhenti di sini..
Aku hanya singgah di persinggahanmu..mereguk bahagia bersama...
lantas bila waktunya tiba..
Kita perlu akur pada ketentuan takdir..


Sayang..
Ketahuilah..
Aku tidak ingin pergi darimu..
Persinggahan ini teramat indah untuk aku tinggalkan..
Seolah persinggahan ini bukan lagi untuk sementara melainkan aku sebenarnya telah ketemu hala tujuku selama ini..
Namun aku takut aku keliru..
Aku takut percaturanku tersasar jauh...
Aku takut apa yang kuimpikan...
mengejekku sekali lagi..
Setelah mahligai yang aku harapkan berkecai bagai kristal yang terhempas ke batu..


Aku tidak mampu lagi..
Untuk merasa kecewa berkali-kali, lantas aku rela kalah dalam percaturan ini..
Sebelum harapanku hancur sekali lagi dan lagi...
Kerana di setiap anganku,,impianku..citaku..
Ada insan lain yang turut menangis di saat aku menitiskan air mata,,..
Aku tak mampu lagi...
Untuk meletakkan diriku di hadapan sedangkan ada insan yang sering mengutip sengsaraku tanpa aku sedar..



Duhai kekasih..
Dunia kita berbeza..
Aku tidak mampu menjadi yang sempurna padamu..
kerana aku pernah kecewa,
Aku pernah kehilangan..
Hatiku kontang...tandus..
Namun semakin aku mencuba membahagiakanmu..semakin aku tak berdaya..
Sedangkan masa semakin cepat mendekati kita..


Bilakah masa itu kan tiba..
Aku takut untuk menghadapinya..
Kerana aku takut untuk merasa sakitnya merindui orang yang tidak mampu aku miliki..
Aku tahu sakitnya bila ingin menyentuh jejari insan yang sudah jauh...
Aku takut....
Takut kehilanganmu...
Aku takut Kehilanganmu...
Aku takut kehilanganmu....